Top 10 Petanda Bahawa Anda Berkemungkinan Sedang Hamil!

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,


Sejak akhir-akhir ini, topik hamil menjadi perbualan kak Y dan rakan-rakan sepejabat. Ada yang baru melalui tempoh kehamilan dan telahpun selamat melahirkan dan ada juga yang masih lagi ternanti-nanti bilakah akan hamil! Maklum lah, ada diantara rakan kerja kak Y yang dah 5 ke 6 tahun tidak mengandung...sabar ye kawan, giliranmu akan tiba jua. Jangan putus asa dan teruskan usaha.




Bila bercakap soal kehamilan, terdapat pelbagai tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang hamil. Tetapi tidak semua wanita melalui perkara yang sama kerana ada wanita yang langsung tidak sedar yang dirinya mengandung 5 bulan! Disini kak Y senaraikan top 10 petanda yang menunjukkan bahawa anda berkemungkinan sedang hamil:

Petanda #1 - Lewat Datang Haid

Ini petanda yang paling umum! Bagi anda yang mempunyai kitaran haid yang teratur, lewat datang haid dalam tempoh seminggu atau lebih, berkemungkinan besar anda sedang hamil! Tetapi, jika haid anda tidak menentu, kelewatan datang bulan berkemungkinan disebabkan oleh faktor lain seperti stress!

Petanda #2 - Mengidam

Mengidam orang mengandung bukan mengidam yang main-main tau! Berdasarkan pengalaman kak Y sendiri, semasa belum disahkan mengandung, teringin sangat nak makan nasi kerabu. Selagi tak dapat, selagi tu lah disebut2! Nak pulak, nasi kerabu yang akak kak Y masak ya, bukan nasi kerabu pasar malam tu. Bila dah dapat rasa, memang puas hati dan taknak makan dah selepas itu. Ha, jika anda mempunyai tabiat mengidam seperti ini, berkemungkinan anda hamil! 

Petanda #3 - Loya dan Muntah

Jika anda mengalami petanda seperti ini, bermakna anda sedang berhadapan dengan fasa morning sickness. Namanya sahaja morning sickness, tetapi kebanyakan ibu hamil mengalaminya sepanjang hari! Gejala ini terjadi akibat perubahan hormon si ibu terutama hormon hCG yang menyebabkan rasa mual dan muntah. Kebiasaannya, morning sickness akan berlarutan sepanjang trimester pertama, dan akan beransur pulih apabila memasuki trimester kedua. Anda yang berminat untuk dapatkan tips bagi mengatasi morning sickness, boleh baca di SINI ya!

Petanda #4 - Payudara menjadi tegang dan sensitif

Tiba-tiba anda dapati payudara membesar dan membengkak. Tersentuh sikit pun sakit! Keadaan ini terjadi akibat peningkatan hormon estrogen dan progesteron di dalam badan ibu yang sedang hamil. Sesetengah wanita mengalami simptom yang sama jika datang bulan, tetapi ianya juga terjadi jika anda sebenarnya sedang hamil!

Petanda #5 - Puting payudara menjadi gelap

Puting susu juga akan menjadi lebih jelas kelihatan dan berwarna lebih gelap dari kebiasaan. Ada masanya, puting susu juga terasa gatal! Perubahan warna ini terjadi akibat perubahan hormon ibu mengandung.

Petanda #6 - Keletihan

Mudah penat walaupun hanya membuat kerja ringan. Rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Nak baring atau tidur sepanjang hari! Awasi petanda begini, mungkin anda sedang hamil. Keadaan ini juga disebabkan peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan rasa penat dan lelah. 

Petanda #7 - Pening atau sakit kepala

Keadaan ini berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa penat, mual, muntah dan berkemungkinan juga tekanan darah rendah.  Selain itu, dari segi emosional dipengaruhi oleh rasa tegang dan stres. Jika petanda sebegini terjadi kepada anda, ada baiknya anda mendapatkan rawatan doktor dan jangan ambil sebarang ubatan tanpa nasihat doktor!

Petanda #8 - Kerap kencing

Berlaku akibat perubahan hormon di dalam badan seseorang wanita yang sedang hamil. Apabila janin semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing semakin mengecut.  Walaupun pundi kencing anda kosong, tetapi tekanan yang diterima akan menyebabkan anda berasa hendak kencing.

Petanda #9 - Deria rasa menjadi sensitif

Deria rasa anda mula rasa tidak enak, begitu juga dengan deria bau! Kebiasaannya, deria rasa anda akan berubah menjadi payau dan pahit semasa hamil. Jika sebelum ini anda sukakan haruman minyak wangi suami anda, kini haruman itu bertukar menjadi bau yang sangat tidak menyenangkan dan memeningkan kepala anda. Malah, terdapat keadaan dimana bau badan suami sendiri sangat merimaskan sewaktu si isteri sedang mengandung. 

Petanda #10 - Perubahan mood yang ketara

Anda bukanlah seorang yang moody, tetapi sejak kebelakangan ini perwatakan anda sering saja berubah! Kejap gembira, sedih, murung dan macam2 lagi. Selalunya, suami lah yang menjadi mangsa perubahan mood anda, betul tak?  Sabar ya para suami, berkemungkinan isteri anda hamil, sebab itu lah beliau selalu moody, pembawakan budak!

Tanda seseorang wanita itu hamil adalah pelbagai. Tak semestinya 10 petanda ini kena ada pada anda untuk membuktikan anda hamil ya. Pengalaman sendiri, walaupun dah dua kali mengandung, namun petanda yang menunjukkan kehamil an adalah tidak sama bagi anak pertama dan anak kedua. 10 petanda di atas hanyalah sebagai panduan, terutama bagi anda yang mengandung buat pertama kali ya!

Adakah petanda ini akan hilang atau kekal sehingga melahirkan? Jangan bimbang, petanda kehamilan biasanya akan terjadi pada trimester pertama kehamilan sahaja dan akan pulih sepenuhnya apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Lalui lah detik-detik indah semasa mengandung dengan tenang dan sabar ya kaum Hawa. Jaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat sepanjang mengandung. Pengambilan suplemen juga sangat membantu anda melalui fasa kehamilan dengan cergas dan bertenaga. Cubalah!



~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

kak Y
ID: 1514172

call/sms/whatsapp/telegram:
01156503842

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
 Nybeautyshaklee

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Paling Best Untuk Pudarkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang-Lubang di Muka!

Omega Guard...Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

7 tips mengatasi morning sickness dengan selamat dan berkesan!