Posts

Showing posts from April, 2015

Top 10 Petanda Bahawa Anda Berkemungkinan Sedang Hamil!

Image
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera, Sejak akhir-akhir ini, topik hamil menjadi perbualan kak Y dan rakan-rakan sepejabat. Ada yang baru melalui tempoh kehamilan dan telahpun selamat melahirkan dan ada juga yang masih lagi ternanti-nanti bilakah akan hamil! Maklum lah, ada diantara rakan kerja kak Y yang dah 5 ke 6 tahun tidak mengandung...sabar ye kawan, giliranmu akan tiba jua. Jangan putus asa dan teruskan usaha. Bila bercakap soal kehamilan, terdapat pelbagai tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang hamil. Tetapi tidak semua wanita melalui perkara yang sama kerana ada wanita yang langsung tidak sedar yang dirinya mengandung 5 bulan! Disini kak Y senaraikan top 10 petanda yang menunjukkan bahawa anda berkemungkinan sedang hamil: Petanda #1 - Lewat Datang Haid Ini petanda yang paling umum! Bagi anda yang mempunyai kitaran haid yang teratur, lewat datang haid dalam tempoh seminggu atau lebih, berkemungkinan besar anda sedang hamil! Tetapi, jika haid anda t

Suplemen Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas Dan Bertenaga!

Image
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera, Kak Y ucapkan tahniah kepada anda yang sedang mengandung! Mesti masing-masing tak sabar menunggukan kehadiran cahayamata yang akan menjadi penyeri kepada rumah tangga, bukan? Alhamdulillah, kak Y juga telah melalui detik2 hebat ini sebanyak 2 kali, iaitu pada tahun 2010 dan juga 2014. Syukur tak terhingga dikurniakan dua anak lelaki yang sihat dan comel. Kak Y percaya ramai dikalangan ibu-ibu mengandung yang masih tercari-cari suplemen yang sesuai untuk diamalkan. Selain daripada memastikan pemakanan yang sihat, suplemen juga sangat penting bagi memastikan keperluan nutrisi ibu dan juga bayi yang dikandung mencukupi. Dalam entri kali ini, kak Y akan kongsikan kepentingan dan kebaikan Set Hamil Shaklee, iaitu set pertama yang kak Y ambil dan terus jatuh cinta dengan Shaklee! Ada Apa Dengan Set Hamil Shaklee? Set Hamil Shaklee terdiri daripada: VITA-LEA IRON FORMULA Sejenis multivitamin yang lengkap dengan 30nutris

Tips Atasi Lingkaran Gelap Bawah Mata Agar Tidak Kelihatan Seperti Kungfu Panda!

Image
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera, Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi dambaan setiap wanita. Kalau boleh, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki mesti cantik dan bersih, betul tak? Namun begitu, dek kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja dan rumhatangga, penjagaan mata seringkali di abaikan! Sedar tak sedar, lingkaran gelap mula terbentuk di bawah mata, eye bag mula kelihatan dan kedutan halus di sekeliling mata mula timbul. Apabila mata dah seperti panda, baru lah gigih mencari tips atasi lingkaran gelap bawah mata agar tidak kelihatan seperti Kungfu Panda, ye tak? Faktor Yang Menyebabkan Terjadinya Lingkaran Gelap Bawah Mata! Masalah lingkaran gelap bawah mata sering dikaitkan dengan cara hidup yang kurang sihat seperti kurang tidur atau terlalu lama mengadap komputer atau laptop menyebabkan mata menjadi letih kerana terpaksa 'bekerja' lebih masa dari yang sepatutnya! Jika keadaan ini berlarutan, lama kelamaan pembuluh darah di k

Segmen Info Lecithin: KANDUNGAN, KEPENTINGAN DAN KEGUNAANNYA

Image
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... Sebut pasal Lecithin, kebanyakan penggemar dan pengamal rangkaian vitamin Shaklee akan terbayangkan set kurus, betul tak? Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' dan boleh didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya. Walau bagaimanapun, banyak lagi manfaat Lecithin yang anda patut tahu! Sempena bulan promosi Lecithin pada bulan April, jom kita berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan Meq Lecithin nie! Kandungan Lecithin Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO Asid Linoleik (essential fatty acid)- amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian. Kolin- satu komponen neurotransmitter Asetikolina- membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf Inositol - sebagai komponen utama membran/ selaput sel dalam tisu di seluruh badan Kegunaan Lecithin Meny