Monday, February 23, 2015

Ibu lega setelah temui cara atasi sembelit anak-anak kesayangannya

Assalamualaikum...

Salam sejahtera...

Sembelit memang sangat menyeksakan! Bukan golongan dewasa sahaja yang berisiko mendapat sembelit, malahan kanak-kanak juga mengalami masalah yang sama. Salah seorang sahabat umi, seorang ibu kepada tiga orang anak pernah mempunyai masalah yang sama! Ketiga-tiga anaknya dalam lingkungan usia 2-10 tahun, selalu mengalami masalah untuk membuang air besar...Namun begitu, kini beliau lega setelah temui cara atasi sembelit anak-anak kesayangannya...







Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang kandungan air di dalam badan. Apabila kekurangan pengambilan makanan yang tinggi serat, ditambah pula dengan kekurangan cecair di dalam badan, najis akan menjadi keras dan berketul! Proses pembuangan air besar akan jadi menyakitkan dan bagaikan satu mimpi ngeri bagi kanak-kanak untuk ke tandas! Ada di antara mereka yang sanggup menahan diri daripada membuang air besar...

Bahaya Sembelit Jika Dibiarkan...

Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kesayangan terpaksa berhempas pulas untuk membuang air besar kan? Ada yang menangis sampai terketar2 badan meneran najis yang keras supaya keluar! Bayangkan lah, perut berasa sangat tidak selesa tetapi najis tak keluar, seksa sangat kan? 

Sembelit jika dibiarkan akan menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat dibahagian dubur sehingga menyebabkan kulit disekeliling dubur terkoyak! Macam mana nak tahu jika kita buasir ialah terasa sakit ketika buang air besar dan juga berlaku pendarahan samada menitis di mangkuk tandas atau bercampur dengan najis. 

Punca Sembelit di Kalangan Kanak-Kanak

  • Kurang Air 

Kanak-kanak memang susah kalau disuruh minum air kosong kan? Nak habiskan secawan kecil pun payah! Kekurangan air di dalam badan akan menyebabkan proses perkumuhan akan menjadi tidak lancar akibat kekurangan air di bahagian usus. Ini menyumbang kepada najis yang mengeras dan berketul. Cuba berikan anak2 anda jus buah sebagai pengganti air masak bagi mengatasi masalah kurang air di dalam badan. Pasti mereka suka!

  • Kurang pengambilan makanan tinggi serat




Serat banyak terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Kanak-kanak dan sayur umpama musuh ketat! Sekecil mana pun sayur kita campurkan kedalam makanan kegemaran mereka, akan dikeluarkan dari mulut dengan segera. Bagi mengatasi masalah kurang makan sayur, ibu bapa cuba pelbagaikan bentuk sayur-sayuran supaya menarik minat anak2 untuk menikmatinya! Kalau kurang kreatif, dapatkan bantuan dari internet atau beli buku2 berkaitan pemakanan kanak2. 

  • Susu Formula

Bayi dan kanak-kanak yang minum susu ibu akan lebih kerap dan mudah membuang air besar berbanding kanak-kanak yang minum susu formula. Kadar pergerakan usus bagi kanak-kanak yang menyusu susu ibu ialah 5-40 kali berbanding kanak-kanak yang minum susu formula iaitu sebanyak 5-28 kali seminggu. Ini kerana susu formula sukar dihadam dan diserap masuk ke dalam usus. Apabila para ibu telah mula memberikan susu formula kepada anak, sila monitor kekerapan anak anda buang air besar. Sekiranya simptom2 sembelit telah ada, sila lah tukar kepada susu formula yang lain. Disini proses try and error perlu dipraktikkan sehingga menemui susu formula yang sesuai untuk anak2 anda!


  • Persekitaran baru

Terdapat sesetengah kanak-kanak yang mungkin mengalami sembelit akibat daripada persekitaran baru yang mereka lalui. Contohnya seperti kanak2 yang baru pertama kali ke tadika atau Darjah Satu. Mungkin kerana masih belum biasa dengan persekitaran yang baru atau perasaan takut untuk ke tandas, kanak2 ini lebih rela menahan rasa hendak membuang air besar. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan najis berkumpul dan mengeras! 

Jika anda mempunyai anak yang sebegini, sebelum menghantar anak ke tempat baru, perkenalkan dahulu kepada anak2 dengan tempat tersebut dan beritahu mereka di mana letaknya tandas, kantin dan sebagainya. Jangan lupa untuk berpesan kepada anak anda supaya tidak menahan rasa hendak buang air kecil besar apabila berada di tempat yang baru kelak!

Rawatan bagi kanak-kanak yang mengalami sembelit

Kebiasaannya, kalau kita bawa anak yang sembelit ke klinik, doktor akan bagi ubat pelembut najis a.k.a lactulose bagi memudahkan proses pembuangan air besar.  Kalau untuk jangka masa pendek, ubat ini mungkin berkesan bagi mengatasi sembelit anak2 sebab ianya akan melembutkan najis dan anak2 akan mudah buang air besar. Tetapi, jika selalu digunakan akan membuatkan usus menjadi manja dan malas bekerja! Kebanyakan kes yang kerap mengambil ubat pelembut najis ini, terpaksa bergantung kepada ubatan untuk tempoh masa yang panjang!

Tentu anda tidak mahu anak2 anda bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan kan? Takut nanti akan timbul masalah lain pula, betul tak? Penyelesaian lain yang boleh anda ambil bagi memastikan anak2 bebas sembelit ialah dengan memberikan mereka Mealshake Shaklee, sejenis minuman segera yang penuh khasiat dan tinggi serat! Mealshake sesuai diambil oleh anak2 yang berusia setahun dan ke atas.

Bagaimana Mealshake membantu masalah sembelit anak anda?

Setiap hidangan Mealshake mengandungi 3gm fiber/serat. Kanak-kanak memerlukan 20-30mg fiber setiap hari. Fiber dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit.

Sebagai ibu bapa, kita selalunya memberikan anak2 dengan makanan yang mereka suka, bukan yang mereka perlukan, betul tak? Tak ramai anak2 yang suka makan makanan yang tinggi serat seperti buah2an dan sayur2an kan! Kebanyakkannya suka makan ayam goreng, nuget, sosej, air berkarbonat dan jajan...Kalau dah macam tu tabiat pemakanan mereka, tak mustahil la mudah dapat sembelit kan? Mealshake dapat menampung kekurangan serat di dalam badan anak2 anda. Tapi, jangan pula bergantung sepenuhnya kepada Mealshake sahaja, anda juga perlu melatih anak2 anda makan makanan yang sihat dan berkhasiat ya!

Kelebihan lain yang ada pada Mealshake dalam membantu atasi masalah sembelit kanak-kanak!

Salah satu sifat Mealshake ialah tinggi elektrolit. Ia mengandungi mempunyai sodium dan magnesium yang membantu keseimbangan cecair dalam badan.Maknanya ia sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akibat kekurangan cecair dalam badan.

Ramai ibu bapa yang memberikan Mealshake kepada anak2 mereka berpuas hati dengan kesannya! Ini kerana, mealshake bukan setakat mengatasi masalah sembelit anak2 mereka, tetapi juga bagus untuk meningkatkan selera makan dan perkembangan otak kanak2! Baca entri 10 sebab kenapa harus pilih Mealshake untuk anak anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenapa anda perlu berikan Mealshake kepada si manja anda. 

Video dibawah merupakan testimoni para ibu yang berpuas hati dengan kesihatan anak mereka selepas mengambil Mealshake sebagai makanan tambahan anak-anak. 



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Layan dulu testimoni para ibu yang sangat berpuas hati setelah memberikan Mealshake kepada anak2 mereka yang mempunyai masalah sembelit:


Masalah ketiga2 anak sembelit selesai hanya dengan satu canister Mealshake!

Tiada lagi masalah sembelit, kulit jadi cantik dan selera makan bertambah!

Ibu tersenyum riang sebab anak tak lagi takut2 untuk membuang air besar

Rasa syukur setiap kali mendapat feedback positif tentang kehebatan Mealshake dalam membantu para ibu mengatasi masalah sembelit anak2 mereka. 

Kepada para ibu yang masih lagi tercari-cari solusi untuk anak2 yang ada masalah sembelit, Mealshake adalah yang dicari2! Ibu mana yang sanggup tengok anak2 comel menahan sakit nak membuang air besar kan... Harga satu canister Mealshake cuma RM120 sahaja dan tahan sehingga 2 bulan bergantung kepada penggunaan. 

Untuk pesanan, boleh hubungi umi ikut cara mana yang anda prefer seperti dibawah ye! Nak buat pesanan dan teringin nak tahu lebih pasal Mealshake secara face to face, boleh saja kalau anda berada berdekatan dengan kawasan jajahan umi, kita set masa dan boleh jumpa ya, dah jimat kos pos kan...


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.


4 comments:

  1. memang berkesan mealshake utk sembelit..sbb ada kandungan fiber kan

    ReplyDelete
  2. Hehe.. seb baik anak-ku tak pernah kena sembelit lagik! Maseh sudi singgah! ;) Jemput Singgah: D.A: Kambing Bakar & Salad siap dalam 15 min jek!

    ReplyDelete
  3. kaknoor singgah follow info yg menarik boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete