Monday, February 23, 2015

Ibu lega setelah temui cara atasi sembelit anak-anak kesayangannya

Assalamualaikum...

Salam sejahtera...

Sembelit memang sangat menyeksakan! Bukan golongan dewasa sahaja yang berisiko mendapat sembelit, malahan kanak-kanak juga mengalami masalah yang sama. Salah seorang sahabat umi, seorang ibu kepada tiga orang anak pernah mempunyai masalah yang sama! Ketiga-tiga anaknya dalam lingkungan usia 2-10 tahun, selalu mengalami masalah untuk membuang air besar...Namun begitu, kini beliau lega setelah temui cara atasi sembelit anak-anak kesayangannya...







Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang kandungan air di dalam badan. Apabila kekurangan pengambilan makanan yang tinggi serat, ditambah pula dengan kekurangan cecair di dalam badan, najis akan menjadi keras dan berketul! Proses pembuangan air besar akan jadi menyakitkan dan bagaikan satu mimpi ngeri bagi kanak-kanak untuk ke tandas! Ada di antara mereka yang sanggup menahan diri daripada membuang air besar...

Bahaya Sembelit Jika Dibiarkan...

Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kesayangan terpaksa berhempas pulas untuk membuang air besar kan? Ada yang menangis sampai terketar2 badan meneran najis yang keras supaya keluar! Bayangkan lah, perut berasa sangat tidak selesa tetapi najis tak keluar, seksa sangat kan? 

Sembelit jika dibiarkan akan menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat dibahagian dubur sehingga menyebabkan kulit disekeliling dubur terkoyak! Macam mana nak tahu jika kita buasir ialah terasa sakit ketika buang air besar dan juga berlaku pendarahan samada menitis di mangkuk tandas atau bercampur dengan najis. 

Punca Sembelit di Kalangan Kanak-Kanak

  • Kurang Air 

Kanak-kanak memang susah kalau disuruh minum air kosong kan? Nak habiskan secawan kecil pun payah! Kekurangan air di dalam badan akan menyebabkan proses perkumuhan akan menjadi tidak lancar akibat kekurangan air di bahagian usus. Ini menyumbang kepada najis yang mengeras dan berketul. Cuba berikan anak2 anda jus buah sebagai pengganti air masak bagi mengatasi masalah kurang air di dalam badan. Pasti mereka suka!

  • Kurang pengambilan makanan tinggi serat




Serat banyak terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Kanak-kanak dan sayur umpama musuh ketat! Sekecil mana pun sayur kita campurkan kedalam makanan kegemaran mereka, akan dikeluarkan dari mulut dengan segera. Bagi mengatasi masalah kurang makan sayur, ibu bapa cuba pelbagaikan bentuk sayur-sayuran supaya menarik minat anak2 untuk menikmatinya! Kalau kurang kreatif, dapatkan bantuan dari internet atau beli buku2 berkaitan pemakanan kanak2. 

  • Susu Formula

Bayi dan kanak-kanak yang minum susu ibu akan lebih kerap dan mudah membuang air besar berbanding kanak-kanak yang minum susu formula. Kadar pergerakan usus bagi kanak-kanak yang menyusu susu ibu ialah 5-40 kali berbanding kanak-kanak yang minum susu formula iaitu sebanyak 5-28 kali seminggu. Ini kerana susu formula sukar dihadam dan diserap masuk ke dalam usus. Apabila para ibu telah mula memberikan susu formula kepada anak, sila monitor kekerapan anak anda buang air besar. Sekiranya simptom2 sembelit telah ada, sila lah tukar kepada susu formula yang lain. Disini proses try and error perlu dipraktikkan sehingga menemui susu formula yang sesuai untuk anak2 anda!


  • Persekitaran baru

Terdapat sesetengah kanak-kanak yang mungkin mengalami sembelit akibat daripada persekitaran baru yang mereka lalui. Contohnya seperti kanak2 yang baru pertama kali ke tadika atau Darjah Satu. Mungkin kerana masih belum biasa dengan persekitaran yang baru atau perasaan takut untuk ke tandas, kanak2 ini lebih rela menahan rasa hendak membuang air besar. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan najis berkumpul dan mengeras! 

Jika anda mempunyai anak yang sebegini, sebelum menghantar anak ke tempat baru, perkenalkan dahulu kepada anak2 dengan tempat tersebut dan beritahu mereka di mana letaknya tandas, kantin dan sebagainya. Jangan lupa untuk berpesan kepada anak anda supaya tidak menahan rasa hendak buang air kecil besar apabila berada di tempat yang baru kelak!

Rawatan bagi kanak-kanak yang mengalami sembelit

Kebiasaannya, kalau kita bawa anak yang sembelit ke klinik, doktor akan bagi ubat pelembut najis a.k.a lactulose bagi memudahkan proses pembuangan air besar.  Kalau untuk jangka masa pendek, ubat ini mungkin berkesan bagi mengatasi sembelit anak2 sebab ianya akan melembutkan najis dan anak2 akan mudah buang air besar. Tetapi, jika selalu digunakan akan membuatkan usus menjadi manja dan malas bekerja! Kebanyakan kes yang kerap mengambil ubat pelembut najis ini, terpaksa bergantung kepada ubatan untuk tempoh masa yang panjang!

Tentu anda tidak mahu anak2 anda bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan kan? Takut nanti akan timbul masalah lain pula, betul tak? Penyelesaian lain yang boleh anda ambil bagi memastikan anak2 bebas sembelit ialah dengan memberikan mereka Mealshake Shaklee, sejenis minuman segera yang penuh khasiat dan tinggi serat! Mealshake sesuai diambil oleh anak2 yang berusia setahun dan ke atas.

Bagaimana Mealshake membantu masalah sembelit anak anda?

Setiap hidangan Mealshake mengandungi 3gm fiber/serat. Kanak-kanak memerlukan 20-30mg fiber setiap hari. Fiber dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit.

Sebagai ibu bapa, kita selalunya memberikan anak2 dengan makanan yang mereka suka, bukan yang mereka perlukan, betul tak? Tak ramai anak2 yang suka makan makanan yang tinggi serat seperti buah2an dan sayur2an kan! Kebanyakkannya suka makan ayam goreng, nuget, sosej, air berkarbonat dan jajan...Kalau dah macam tu tabiat pemakanan mereka, tak mustahil la mudah dapat sembelit kan? Mealshake dapat menampung kekurangan serat di dalam badan anak2 anda. Tapi, jangan pula bergantung sepenuhnya kepada Mealshake sahaja, anda juga perlu melatih anak2 anda makan makanan yang sihat dan berkhasiat ya!

Kelebihan lain yang ada pada Mealshake dalam membantu atasi masalah sembelit kanak-kanak!

Salah satu sifat Mealshake ialah tinggi elektrolit. Ia mengandungi mempunyai sodium dan magnesium yang membantu keseimbangan cecair dalam badan.Maknanya ia sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akibat kekurangan cecair dalam badan.

Ramai ibu bapa yang memberikan Mealshake kepada anak2 mereka berpuas hati dengan kesannya! Ini kerana, mealshake bukan setakat mengatasi masalah sembelit anak2 mereka, tetapi juga bagus untuk meningkatkan selera makan dan perkembangan otak kanak2! Baca entri 10 sebab kenapa harus pilih Mealshake untuk anak anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenapa anda perlu berikan Mealshake kepada si manja anda. 

Video dibawah merupakan testimoni para ibu yang berpuas hati dengan kesihatan anak mereka selepas mengambil Mealshake sebagai makanan tambahan anak-anak. 



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Layan dulu testimoni para ibu yang sangat berpuas hati setelah memberikan Mealshake kepada anak2 mereka yang mempunyai masalah sembelit:


Masalah ketiga2 anak sembelit selesai hanya dengan satu canister Mealshake!

Tiada lagi masalah sembelit, kulit jadi cantik dan selera makan bertambah!

Ibu tersenyum riang sebab anak tak lagi takut2 untuk membuang air besar

Rasa syukur setiap kali mendapat feedback positif tentang kehebatan Mealshake dalam membantu para ibu mengatasi masalah sembelit anak2 mereka. 

Kepada para ibu yang masih lagi tercari-cari solusi untuk anak2 yang ada masalah sembelit, Mealshake adalah yang dicari2! Ibu mana yang sanggup tengok anak2 comel menahan sakit nak membuang air besar kan... Harga satu canister Mealshake cuma RM120 sahaja dan tahan sehingga 2 bulan bergantung kepada penggunaan. 

Untuk pesanan, boleh hubungi umi ikut cara mana yang anda prefer seperti dibawah ye! Nak buat pesanan dan teringin nak tahu lebih pasal Mealshake secara face to face, boleh saja kalau anda berada berdekatan dengan kawasan jajahan umi, kita set masa dan boleh jumpa ya, dah jimat kos pos kan...


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.


Tuesday, February 17, 2015

Tips Elak Cramp Sewaktu Mengandung Supaya Tak Terjaga Tengah Malam Menangis Menahan Sakit!

Assalamualaikum wbt...

Selamat Sejahtera..

Entri kali ini umi tujukan khas kepada para ibu yang sedang mengandung dan selalu sangat cramp/ kejang kaki! Umi tergerak hati untuk tulis entri nie berdasarkan pengalaman umi sendiri yang  kerap mengalami kekejangan semasa mengandungkan anak pertama. Masuk je trimester kedua, umi kerap  terjaga tengah malam sebab menahan sakit akibat cramp. Umi juga akan kongsikan tips elak cramp sewaktu hamil supaya tak terjaga tengah malam menangis menahan sakit!




Imbas kembali pengalaman mengandung dulu, dan selalu cramp, bila mengadu pada nurse time check up bulanan, dia cakap umi kurang kalsium. Umi pun dengan gigih makan la pil kalsium yang dibekalkan selain daripada minum susu setiap pagi dan malam. Tapi masih jugak tak hilang cramp sampai lah umi bersalin. Pasrah je lah waktu tu, asalkan baby dalam perut sihat walafiat kan...

Sebenarnya, umi dah alami cramp sejak zaman sekolah menengah lagi. Umi masih ingat lagi, sewaktu tinggal di asrama sejak tingkatan 2 sehingga ke tingkatan 5, boleh dikatakan hampir setiap minggu umi akan terjaga di waktu pagi kerana sakit akibat cramp sehingga lah umi dah masuk UiTM, baru lah tak pernah cramp! 

Mengapa berlakunya cramp semasa mengandung?

Menurut babycenter.com, terdapat beberapa teori tentang kejadian cramp semasa mengandung:

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Ini berlaku kerana bayi di dalam kandungan mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan si ibu.

  • Uterus (rahim) si ibu yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki, dan juga kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki si ibu.

  • Apabila mengandung, otot akan mudah letih disebabkan berat yang bertambah dan juga perut yang semakin membesar.

Teori di atas telah membuktikan kebenaran kata-kata nurse yang check umi semasa mengandung dulu, cramp sebab kurang kalsium! huhuhuhu...Disamping ambil pil kalsium yang klinik bekalkan (masa tu tak kenal Shaklee lagi), umi juga amalkan beberapa tips yang umi cari di internet dan juga melalui nasihat kawan-kawan.  Diantaranya ialah:
  1. Bila cramp berlaku, mula-mula umi akan luruskan kaki dan gerak2kan ujung jari kaki. Masa ni lah air mata keluar sebab menahan sakit yang amat sangat! Kalau hujung minggu, suami ada di rumah, dialah yang akan menjadi peneman setia di kala umi menahan sakit gara-gara cramp. 
  2. Lepas tu suami akan urut perlahan-lahan di tempat yang cramp tu bagi urat2 yang tegang dan keras tu mengendur. 
  3. Bila dah lega sikit, umi akan bangun dari katil dan berjalan perlahan-lahan untuk hilangkan kesakitan.
Begitu lah rutin yang umi lakukan dikala cramp menyerang kakiku yang gedabak ini! Selalunya, kesan sakit cramp akan berlarutan sehingga 1 ke 2 hari. Begitulah kesulitan yang terpaksa umi tanggung sewaktu mengandung anak sulung kira-kira 5tahun yang lalu.

Bagaimana Ostematrix membantu menyelesaikan masalah cramp semasa mengandung?

Alhamdulillah, sewaktu mengandung anak kedua pada tahun lepas, umi langsung tak mengalami masalah kaki kejang/ cramp seperti mengandung sebelumnya. Syukur sangat sebab dipertemukan dengan Set Hamil Shaklee yang sememangnya sangat membantu umi sepanjang mengandung! Salah satu vitamin dalam set hamil Shaklee ialah Ostematrix atau pil kalsium. 


Ostematrix bukan macam pil kalsium lain yang terdapat di pasaran ye! Ianya sangat berbeza kerana:
  • Diformulasi secara "easy to swallow", iaitu tablet mudah ditelan. Tablet ostematrix boleh dikategorikan agak besar pada anda yang tak berapa suka menelan suplemen berbentuk tablet, tetapi permukaan tablet Ostematrix yang licin memudahkan untuk ditelan. Umi sekali makan 4 biji ok, relaks je...hehehehehe...
  • Dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D! Adalah satu pekerjaan yang sia-sia kalau anda amalkan pil kalsium yang tak mengandungi Magnesium dan Vitamin D ya!
  • Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Kalsium dan Vitamin D bekerjasama untuk membina tulang yang sihat dan kuat. Tanpa kehadiran Vitamin D, kalsium tidak akan 100% diserap ke tulang temulang anda...
  • Apabila kalsium diserap dengan sepenuhnya oleh tulang, maka magnesium akan membantu untuk menguatkan tulang anda!
Umi memang bersyukur sangat sebab Allah temukan umi dengan Ostematrix dan Set Hamil Shaklee tepat pada waktunya! Ostematrix memang membantu umi mengelakkan masalah cramp sewaktu hamil. Sampai sekarang pun, umi wajib telan Ostematrix sebelum tidur. Alhamdulillah, tidur lena dan bila bangun pagi, umi rasa cergas dan tiada masalah sakit-sakit badan. 

Umi nak belanja satu video testimoni Ostematrix semasa mengandung. Puan dalam video ni walaupun dah mengandung 7 bulan, masih boleh pant candi Borobodur lagi nyah! Mengalahkan kawan2 lain yang tak mengandung! Tak penat dan tak cramps pun...Jom sama2 saksikan:






Kepada mummy2 gojes yang mempunyai masalah selalu cramp sewaktu mengandung, cepat2 dapatkan Ostematrix bagi mengatasi masalah tersebut. Larat ke kalau terpaksa berjaga tengah2 malam gara2 sakit menahan 'simpul biawak' setiap malam? Mesti tak sanggup kan! 

Kebetulan pula Ostematrix ada promosi bulan ini, beli 6 percuma 1 ataupun beli 2 botol dan anda akan enjoy diskaun sebanyak 5%. Jadi, ambillah kesempatan promosi ini untuk dapatkan Ostematrix pada harga yang lebih murah dan berbaloi-baloi! Dan sekiranya anda berada berdekatan, boleh hubungi umi untuk COD, dah jimat kos pos kan. 

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.





Thursday, February 12, 2015

Promosi Februari Shaklee

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...

Masih belum terlambat untuk kakY  war-warkan promosi Shaklee untuk bulan Februari 2015. Kepada pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee semestinya sangat menantikan pengumuman promo of the month setiap bulan kan! Mana tak nya, waktu promosi ni lah kita boleh dapatkan produk2 Shaklee pada harga yang sangat berbaloi dan murah!

Bagi bulan Februari, produk yang terpilih sebagai promo of the month ialah:
  • Vitalea - BUY 6 FREE 1 / BUY 2 GET 5% DISCOUNT!
  • Ostematrix - BUY 6 FREE 1 / BUY 2 GET 5% DISCOUNT!
  • Vitalea For Kids - BUY 3 FREE 1
  • Advanced Joint Health Tablet (AJHT) - BUY 3 FREE 1



Kelebihan produk Promo of the Month!

VITALEA - Merupakan multivitamin pertama dicipta di dunia! Wow! Multivitamin yang mempunyai kadar serapan terpantas di dunia yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral untuk keperluan harian anda. Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi bagi mengatasi masalah individu yang mudah penat dan letih, anemia dan juga kekurangan sel darah merah (hb) di kalangan ibu2 mengandung.

Info lanjut berkaitan Vitalea, boleh baca kat sini ya!

OSTEMATRIX- pil kalsium yang terbaik bagi menyokong kesihatan tulang dan gigi anda. Dilengkapi dengan magnesium, vitamin D dan juga mineral seperti zink, mangan dan kuprum bagi membolehkan penyerapan kalsium yang optimum! Sesuai untuk individu yang tidak mengambil produk tenusu dalam diet harian. Selain daripada itu, ostematrix juga bagus untuk melegakan senggugut dan melawaskan sembelit.

Baca lebih lagi di sini!

VITALEA FOR KIDS - Mengandungi 18 vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak-anak yang sihat!

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) - ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat. Ia diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi. AJHT juga mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi dan semestinya 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

Baca bagaimana AJHT membantu masalah sakit lutut emak kak Y di sini ya!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga promosi pada bulan ini, boleh la hubungi kak Y ya!


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
Nyhealthybeautywealthy

emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 

Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU