Posts

Showing posts from December, 2014

Malu dengan gelaran 'Abang Botak' oleh isteri, suami tekad cari petua lebatkan rambut!

Image
Assalamualaikum wbt... Selamat sejahtera... Rambut sinonim disebut sebagai mahkota wanita kan? Disebabkan jolokan "mahkota" tersebut, maka rambut perlu diberikan perhatian dan penjagaan khusus agar sentiasa kelihatan cantik, lebat, bermaya dan terurus walaupun bertudung. Malah, penjagaan rambut bagi wanita bertudung adalah lebih rumit berbanding wanita yang tidak bertudung ' . Kalau tak percaya, jom saksikan video Pn Maria bercerita tentang masalah keguguran rambutnya yang kronik dan bagaimana beliau menanganinya! Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo . Masalah berkaitan rambut bukan sahaja dialami oleh kaum Hawa, malah kaum lelaki juga tidak terlepas daripada masalah rambut terutama masalah keguguran. Jangan tak percaya ya, ramai kaum Adam yang gigih meminta tolong dengan Encik Gugel mencari petua lebatkan rambut! Umi juga pernah dihubungi melalui sms seorang pelanggan lelaki yang bertanyakan produk Shak

Si Dara Manis gigih cari petua untuk hilangkan parut jerawat untuk buat kejutan semasa Majlis Konvokesyen

Image
Assalamualaikum wbt... Selamat sejahtera... Hujung minggu yang lalu, umi terima kunjungan rakan-rakan atau BFF anak perempuan umi semasa di kolej dahulu. Masing-masing sudah lama tak bersua muka semenjak memulakan Latihan Industri dan menamatkan pengajian kira-kira 5 bulan yang lepas. Biasalah, bila dah bertemu, macam-macam cerita yang dikongsikan. Sebelum masing-masing pulang, salah seorang daripada mereka datang kepada umi bertanyakan produk Shaklee untuk hilangkan parut jerawat. Beliau maklumkan sekarang tengah gigih cari petua untuk hilangkan jerawat dan nak cuba produk Shaklee juga! Memang kesian umi tengokkan muka dia, orangnya manis tetapi kulit mukanya kusam dan terdapat tompokan hitam sana sini kesan parut jerawat! Beliau turut maklumkan nak hilangkan parut-parut hodoh kat mukanya sebelum Majlis Konvokesyen yang akan diadakan tidak lama lagi, sebab nak suprise kan kawan-kawan yang selama ini asyik menyindir mukanya yang berjerawat!  Si Dara Manis tadi tela

Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E Complex - Beli 6 Percuma 1

Image
Assalamualaikum wbt... Selamat Sejahtera, Alhamdulillah, dipertemukan dengan bulan Disember sekali lagi. Kali ni untuk tahun 2014 pula,  syukur masih diberikan nikmat kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah!  Pepagi lagi Shaklee dah announce good news kepada usahawan2 dan pengguna tegar produknya iaitu Promosi Berganda yang berbaloi-baloi BELI 6 PERCUMA 1 untuk Sustained Release Vitamin C dan juga Vitamin E Complex!  Selain daripada Promosi Berganda, bulan Disember juga diserikan dengan Promosi Tambahan, juga untuk Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E Complex iaitu BELI 2 BOTOL, DISKAUN 5%! SR Vitamin C sangat sinonim dengan vitamin untuk kecantikan kulit si dara pujaan jejaka manakala Vitamin E Complex pula bagus untuk kesuburan si arjuna yang dah lama mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga! Kepada yang nak dapatkan set promosi ini, boleh hubungi umi ya! Nak beli sebotol pun tiada masalah! ~Pengedar Shaklee

Anak yang susah hati bila mak selalu mengadu sakit lutut

Image
Assalamualaikum wbt... Selamat sejahtera.. Emak umi merupakan salah seorang pengidap tegar sakit lutut...Setiap kali balik kampung dan tengok pergerakan emak yang agak terhad, sebak sangat rasa dihati! Sudah hampir 4 tahun mak mengerjakan  solat secara duduk...Umi percaya, ramai yang mengalami dilema seperti umi, anak yang susah hati bila emak selalu mengadu sakit lutut kan? Umi cukup sensitif setiap kali dengar atau baca perkataan sakit lutut! Nak tahu kenapa? Semuanya bermula pada bulan Ramadhan tahun lalu apabila mak terpaksa dibawa ke Kuantan Specialist Hospital (KSH) kerana secara tiba-tiba mak tak boleh bangun untuk ke bilik air gara-gara tidak dapat bergerak akibat terlalu sakit di bahagian lutut!  Masih terbayang di mata saat doktor tunjukkan keputusan x-ray lutut mak. Doktor cakap mak mengalami osteoarthritis kerana tulang rawan di bahagian lutut mak sudah terhakis dan geselan di antara dua tulang lutut mak yang menyebabkan kesakitan yang mak alami pada wak