Wednesday, November 26, 2014

Bakal pengantin bingung cari cara cepat kurus supaya tak nampak macam sarung nangka di atas pelamin!

Assalamualaikum wbt...

Selamat sejahtera...


Aduhai, memang bingung nak cari cara cepat kurus, terutamanya bagi bakal pengantin yang akan bersanding tak lama lagi! Dek terlalu sibuk uruskan persiapan untuk hari besar, berjaga sehingga lewat malam, jadual makan pun jadi tak menentu! Akibatnya, berat badan semakin bertambah dan bertambah dengan jayanya...Dan lagi menambahkan kebingunagn apabila tiba waktu untuk fitting baju nikah dan bersanding, alamak...ketat! Huhuhuhuhu...dalam hati pun berkata2, "nie nanti sah lah nampak macam sarung nangka atas pelamin!OMG!OMG!OMG!"...





Begitulah keadaan yang biasa terjadi kepada bakal pengantin terutama pengantin perempuan...memang susah hati sangat2 bila berat badan naik menjelang hari bahagia. Sebagai penyelesaian, mula la menggagau sana sini mencari ubat atau supplemen yang boleh memberi kesan secepat mungkin! Tetapi awas ya cik adik manis sekalian, tak semua ubatan dan supplemen menjamin keberkesanan yang diharapkan ye...malah, sesetengah ubat dan supplemen boleh membawa kesan buruk kepada pengguna...Jangan disebabkan terlalu taksub untuk kurus sebelum bersanding, segala jenis ubat dan suplemen kurus ditelannya! 

Disini, umi nak kongsikan beberapa tips untuk kurus dengan cepat...Tapi cepat yang umi maksudkan disini bukan sekelip mata ya! 

  • Minum minuman tanpa atau rendah kalori - Kalau merancang untuk kurus, elakkan sama sekali minum minuman berkarbonat atau bersusu seperti Pepsi, Coke, Nescafe dan Kopi! Selain tinggi kalori, minuman tersebut juga mengandungi kandungan gula yang tinggi...Lebihkan minum air masak/air kosong kerana tidak mengandungi kalori dan boleh diminum sebanyak mana yang kita nak.
  • Jangan skip sarapan pagi - Ini sangat penting untuk memenuhi nutrisi untuk keperluan tubuh selepas bangun dari tidur. Ambillah sarapan yang berkhasiat seperti oat, bijirin dan roti gandum bagi membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
  • Minum air masak secukupnya - Minumlah 6-8 gelas atau sekurang-kurangnya 2liter air masak dalam sehari. Ini bagi memastikan tubuh sentiasa dihidrasi untuk berfungsi sepenuhnya. Jangan tunggu sehingga betul2 haus baru nak minum air masak. Pengambilan air masak juga dapat membantu mengurangkan rasa lapar! So, memang bagus untuk ladies yang sedang berdiet ya!
  • Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan - Sayuran dan buah kaya dengan nutrisi, serat dan rendah kalori. 
  • Makan salad - Makan salad sebelum memulakan hidangan utama. Tujuannya untuk membantu kita untuk makan secara sederhana dan tidak berlebihan semasa menikmati hidangan utama nanti...
  • Pelbagaikan kaedah masakan - Ubah kaeadah memasak dengan menggunakan teknik rebus, kukus, bakar dan gril..Selain memelihara kandungan nutrien di dalam sesuatu masakan, kaedah masakan sebegini adalah lebih sihat dan enak!
  • Pilih makanan bijirin - Selitkan menu harian anda dengan hidangan bijirin seperti roti gandum dan biskut whole wheat. Pilihlah roti whole grain berbanding roti putih biasa kerana ianya lebih sihat dan menyenyangkan..
  • Tidur secukupnya - Tahukan anda bahawa tidur yang mencukupi boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan? Ini kerana kurang tidur akan membuatkan anda makan berulang kali dan berlebihan serta pemilihan makanan yang tidak sihat terutama di waktu tengah malam! Tabiat sebegini adalah sangat tidak elok dan perlu dielakkan.
Ha, best tak tips yang umi share nie, semuanya tips pasal makan kan? Tapi bukan makan dengan sesuka hati ya ladies, makan dengan cara yang betul dan sihat...Umi percaya, ramai bakal pengantin yang tengah baca entri nie berkobar2 nak cuba tips yang umi kongsikan lepas nie! Selain daripada mengamalkan tips di atas, umi nak share satu lagi tips untuk kurus dengan selamat dan dan cepat serta tanpa perlu berlapar iaitu dengan mengamalkan Omega Guard Shaklee...


Bagaimana Omega Guard Shaklee membantu bakal2 pengantin kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar?



Umi dah pernah buat entri tentang bagaimana Omega Guard membantu umi mengawal berat badan sepanjang kehamilan pada tahun lepas. Alhamdulillah, umi dah memang serasi sangat dengan Omega Guard nie. Kali nie umi nak bongkar pulak rahsia Omega Guard yang ternyata berkesan untuk menurunkan berat badan!

Omega Guard merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia! Selain bagus untuk kesihatan jantung dan perkembangan otak kanak-kanak, Omega 3 yang menjadi bahan utama di dalam setiap kapsul Omega Guard akan bertindak membakar lemak di dalam tubuh badan kita dan menghasilkan tindak balas terhadap hormon Leptin!

Hormon Leptin ialah sejenis hormon yang berkait rapat dengan pengawalan tenaga, metabolisme dan kelaparan. Hormon ini penting kerana ianya memberi isyarat kepada otak samada kita kenyang atau lapar. Semakin banyak hormon leptin dihasilkan, maka semakin kurang rasa lapar dan membuatkan nafsu makan kita berkurangan! 




Satu lagi fungsi hormon leptin ialah meningkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme badan semakin tinggi, maka makanan yang kita ambil akan mudah dan cepat dibakar dan diurai oleh tubuh dan tidak berkumpul sebagai lemak di dalam badan!  Menarik bukan! Senang sangat kalau nak kurus dengan pengambilan Omega Guard nie...Tapi jangan lupa ya, Omega Omega juga, senaman jangan tak buat pulak! 

Kepada bakal pengantin yang masih mencari-cari solusi untuk kurus dengan cepat sebelum majlis persandingan, umi sangat galakkan agar mengambil Omega Guard Shaklee sebagai salah satu cara untuk membantu anda memiliki bentuk badan idaman menjelang hari bahagia kelak...Dan sudah semestinya tiada lagi igauan ngeri memakai baju pengantin bak sarung nangka masa bersanding nanti! Hanya menunggu pujian tetamu yang hadir tentang kecantikan dan kekacakan mempelai di atas singgah sana nan indah gitewww!

Omega Guard juga boleh dimakan oleh seisi keluarga seperti mak atau ayah yang ada masalah sakit lutut/sendi, abang yang ada masalah jantung atau kolesterol, kakak yang sedang mengandung atau menyusukan bayi dan juga adik yang mempunyai masalah lelah atau kurang fokus semasa belajar!

Sempena bulan promosi Omega Guard beli 6 percuma 1 @ beli 2, diskaun 5%, boleh la ambil kesempatan untuk dapatkan mana2 set promosi dengan harga yang ternyata berbaloi2! 

Ingin membuat tempahan?


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU

~DISCLAIMER~
Segala perkongsian di dalam blog umihabibi82.blogspot.com adalah merupakan perkongsian peribadi. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan dan seminar kesihatan. 
Testimoni juga dirujuk kepada pengguna asal Shaklee tanpa membuat sebarang ubahsuai.
Segala hasil penulisan dan testimoni juga bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh dan menganalisa apa jua penyakit dan masalah kesihatan.
Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk merujuk doktor atau pakar.





1 comment:

  1. Bersanding sekali oo seumur hidup. Off course nak semua kalau boleh nampak perfect. Sangat penting penampilan luaran tapi dalaman pun jgn dilupakan ye baik suami mahupun isteri.

    ReplyDelete