Thursday, January 30, 2014

ENERGIZING SOY PROTIEN (ESP)

ESP-Soy Protien Isolated Powder


As salam readers....

Sebut je ESP Shaklee, klu pengguna tegar produk2 Shaklee pasti akan tersenyum mendengarnye...Mane taknye, dalam banyak2 produk Shaklee, ESP merupakan antara yang terlajak larissssssss!!!!!!Kalau beli nak buat stok, alamatnye memang x sempat, cepat je ade yang nka grab!!hehehehehe...begitu lah hebatnye penangan ESP nie...

Ha, mesti ramai yang nak tau ape ESP n khasiatnya sampai leh jadi ala2 Hot Chicks gitew!!!!hehehehe...OK2, let me story mory pasal ESP nie ek...

ESP merupakan sumber protien soya terbaik... ESP mengandungi soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. ESP juga mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi proses sintesis protien termasuk sembilan asid amino penting. Selain daripada itu, protien kacang soya yang terdapat di dalam ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Setiap 850g (1 canister) berasal daripada 30kg kacang soya yang berfungsi sebagai booster yang mampu bertahan selama beberapa jam..

Selain mempunyai kandungan protien yang tinggi, ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah...Ha, mesti ramai yang tertanye2, ape kebende lah indeks glisemik nie ye?hehehehee....dun worry, meh sini nk bagitau....Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat terhadap tahap glukosa darah...Indeks glisemik sangat diperlukan oleh pesakit kencing manis, mereka yang ingin berdiet dan mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi...


Kelebihan ESP

  • Sumber protien lengkap yang menyokong kesihatan tubuh badan
  • Mencantikkan kulit
  • Menghilangkan bekas jerawat
  • Mengatasi jeragat
  • Menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Memekatkan susu ibu-anak akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Memulihkan fungsi  prostat lelaki
  • Memberikan tenaga segera yang berpanjangan
  • Membantu membina dan memperbaiki rangkaian otot
  • Menguatkan memori

Umi skang pun tgh consume ESP nie...Alhamdulillah, so far mmg merasai kelebihan2 yang ade pada ESP terutama bab kulit...perasan gak pas minum ESP kulit makin halus dan cantik (tak tau la kot diri sendiri je yg perasan!)hahahahaha....sblm pegi keje wajib amik ESP dulu, maklum la tgh2 pegnen nie mmg xleh tahan klu lapar! ESP nie membantu membuatkan saye rase kenyang n untuk elakkan perut masuk angin...

Jom baca testimoni cust yg dh consume ESP...mmg terbaiklah!!!




Kepada sesape yang nk try test ESP, jgn malu jgn segan ye...


~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU


Tuesday, January 28, 2014

KANDUNGAN DAN KHASIAT ALFALFA

Kandungan & Khasiat Alfalfa


As salam readers cayang...

Bertemu sekali lagi kt blog yg x seberapa nie...

As i mentioned earlier, today nk story pasal kandungan dan khasiat yang terdapat dalam vitamin Alfalfa "Raja Herba" keluaran SHAKLEE nie...
di datangkan dalam dua saiz:
SMALL : 330 tablet
LARGE : 700 tablet

Dalam pos sebelum nie dh citer pasal asal usul Alfalfa dan kebaikan2 yang kite dapat biel amik Alfalfa nie secara konsisten kan...

OK, Alfalfa nie merupakan sejenis tumbuhan herba yang boleh dimakan dan digunakan untuk tujuan perubatan...Tumbuhan herba ini kaya dengan mineral, nutrien dan vitamin yang memainkan peranan penting dalam kesihatan, perkembangan dan kekuatan tulang.

Secara amnya, Alfalfa boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan kalsium didalam badan sekaligus mencegah osteoporosis,mengawal paras kolesterol dalam darah, mencegah daripada pembentukan kanser, menyembuhkan luka dan untuk tujuan detoksifikasi..

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa ialah:

  • VITAMIN A - Untuk penglihatan.Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat
  • VITAMIN B6 - Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protien dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya
  • VITAMIN D - Mengawal penggunaan kalsiun dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
  • VITAMIN E - melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata
  • VITAMIN K - Penting untuk pembekuan darah, fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur
  • VITAMIN U - Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik
Ishk2...banyak sungguh vitamin2 dalam Alfalfa nie ek! patutla dinamakan raja segala tumbuhan...bagus2...ok, jom bace lak mineral2 yang dijumpai dalam Alfalfa nie:
  • ZAT BESI - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
  • KALIUM - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk menghadam lemak.
  • FOSFORUS - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsiun dan VITAMIN D; meningkatkan peranan tisu saraf
  • KLORIN (KLORIDA) - Elektrolit penting yang membersihkan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji
  • SODIUM - Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut
  • SILIKON MAGNESIUM - Membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan dan merangsang fungsi otak

Wah2, terase cam blajo kimia lak ari nie...hehehehehe...

Ape lagi nak citer pasal Alfalfa nie ek?hmmmm...ha, keistimewaan lain Alfalfa nie ialah ianya kaya dengan protien...kebanyakkan kite kalau sebut je sumber makanan yang kaya dengan protien, dalam kepale dah terbayang daging, ikan dan telur kan? Haaaa, alfalfa nie mengandungi lebih 18.9% protien berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur!!!

Alfalfa juga digunakan sebagai Milk Booster...sape2 yang consume Set Menyusu memang jatuh cintan ngan Alfalfa nie...hehehehe...


Berminat nak cuba try test Alfalfa?
Jgn malu...jgn segan...

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Kak Y
ID: 1078743

call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302

add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan

Like FB Page:
Nyhealthybeautywealthy

emel:
 yatiesams@gmail.com

COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU



Monday, January 27, 2014

ALFALFA

ALFALFA...Raja Segala Tumbuhan...


As salam readers...Hari nie nak  mulakan blog dengan asal usul dan kelebihan Alfalfa...JOM kite study sket pasal vitamin hebat nie!

Alfalfa merupakan sejenis tanaman herba yang telah wujud sejak beribu2 tahun dahulu. Sejarah terawal penggunaan Alfalfa ditemukan pada 6000 tahun dahulu di Iran. Perkataan Alfalfa merupakan berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud "Bapa Herba". Alfalfa ialah nama sepohon pokok yang tumbuh di kawasan gurun. Akarnya berkeupayaan untuk tumbuh sedalam 30 kaki ke dalam tanah untuk mencari air. Pada kedalaman tersebut, tanah kaya dengan mineral. Oleh itu, daun 'Alfalfa" mengandungi zat-zat yang tidak dijumpai dalam buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti vitamin A,C,B1,B6 dan K serta protien, kalsium, karotena, zink, besi dan kalium. Nama saintifiknya Medicago sativa dan bahagian2 yang biasa digunakan ialah pucuk, daun, batang dan akar.

Dalam ilmu perubatan Cina, tumbuhan herba ini digunakan untuk merawat pelbagai masalah saluran penghadaman dan buah pinggang.

Manakala pengamal perubatan Ayurveda di India sering menggunakan herba ini untuk membantu penghadaman. Selain itu, ia telah digunakan untuk merawat edema dan artritis.


Medicago Sativa
Salah satu keistimewaan alfalfa ialah ia bertindak sebagai bahan diuretik dan penghadaman kerana ia bertindak seperti julap dalam alam semula jadi. Alfalfa juga dikenali untuk membantu dalam mengawal selia pergerakan usus dan meningkatkan proses pencernaan yang seterusnya membantu dalam asimilasi yang lebih baik daripada makanan yang diambil. Alfalfa juga sangat berkesan untuk merawat kembung perut dan juga keradangan pundi kencing.

Antara kelebihan2 lain Alfalfa ialah:
  • merawat penyakit jantung dan masalah arteri
  • merawat masalah gangguan pernafasan seperti sinus, alahan dan athma
  • membantu membina sistem imuniti untuk masalah perut seperti masalah penghadaman, angin dan asid berlebihan dalam perut
  • bagus untuk melebatkan rambut
  • Membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan
  • Melegakan ketidakselesaan semasa haid (wanita)
  • Membantu melembutkan arteri darah dan merupakan rawatan semulajadi untuk mengelakkan tekanan darah tinggi
  • Berkesan merawat kencing manis secara semula jadi
Wah2, mmg serba guna lah alfalfa nie ye..patutlah dipanggil Bapa Herba!Macam2 boleh... Hmmm....ok lah, setakat ini dulu ye cayang2 sekalian, nant umi akan sambung lagi tentang kandungan vitamin2 dan mineral2 yang terdapat dalam Alfalfa nie...

OPSSS...

Sblm tu, meh kite tgk dulu testimoni pengguna Alfalfa SHAKLEE yang hebat nie!!!






Alfalfa didatangkan dalam 2 saiz iaitu Small (S) dan Large (L)

~Pengedar Shaklee Kuantan Pilihan Anda~

Yatie
ID: 1078743
call/sms/whatsapp/telegram:
0199774302
add & pm: 
FB Norhayati binti Mazlan
Like FB Page:
 Lemari Vitaminku
emel:
 yatiesams@gmail.com
COD area 
Sekitar kawasan Kuantan

Penghantaran seluruh Malaysia melalui POSLAJU








Friday, January 24, 2014

24.1.2014

Assalamualaikum...


A new start for a new beginner...

Semoga segala yang dicita-citakan akan membuahkan hasil...
InsyaALLAH...DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN...

Yang penting usaha dan kesungguhan...
Selebihnya, serahkan kepada ALLAH YANG MAHA ESA..
Salam blogger utk semua...